My Blog List

Showing posts with label Masyarakat. Show all posts
Showing posts with label Masyarakat. Show all posts

Monday, November 26, 2012

MALAYWOOD?

Assalamualaikum..

Entry kali ne bukan bertujuan untuk menyinggung mane2 hati pihak jauh sekali aku ni nak sok suci,atau jage tepi kain orang.Secare jujur memang sebelum ni aku tidak memakai tudung.Tapi aku xdelah seksi tahap melampau.Bukan nak bangge diri ke..memang xde beza ko xpzkzi tudung tapi x seksi same juge dedahkan aurat kan..Begini........

Yang membuat aku berpeluh dahi kalu keluar rumah,tengok anak2 muda zaman sekarang.Gaya mereka matang dari umur mereka.Ada baru darjah 6,mak bapak...dress-up mcm umur 20.Taw la skang ni bnyk bju murah2,cantik,affordable to pay.Lagpun sekarang mak bapak manjakan anak,ape nak semua bg(sesetengah je hehe).Yang buat aku nak tulis entry pasal MALAYWOOD ni kan...Anak dare zaman sekarang..mak datuk seksi tahap seksa..Ade pesen terbaru tayang pusat.Mak bapak diorg x mara ke?ke mak bapak xtahu?
Bangge kot tayang kat fb.Pastu ade la ramai komen wow gorgeous,sexy,sweet,cute..Serius ckp zaman aku payah nk jumpe org pakai cmtu.

er...lebey kurang cmnila..mls letak pic real..kang ke laen jadinye...

So hal ni punce n nk salahkan sape??Tengoklah artis2 kite,xmalu terbonjol sane,terbelah sane..Masalahnye xde pihak ambil tindakan pun.Tegur tu ramai..Tindakan??haram...Separuh bogel pun xde tindakan ape2..Hum..agaknye bagi mereka berpakaian seksi ni bukan satu'jenayah'kot..Kebanyakan melayu kite ni kalah mat saleh seksinye.Depa tu bia p la seksi..kafir..kite ne??
Bukan tu je baik anak mude,artis,sekarang da x amlu berbikini eh??Pakai coli n spender,xde perasaan jahil eh??Bangga tayang aset lg ade.Remaja ni pantang di tegur,bile di tegur,kubur masing2,well hello!!kalaulah yang menguburkan tu ko sendiri xpe,ni orang lain tolong kuburkan.
Mana aku tahu pesen2 anak mude skarang??biasa r dalam fb..belembang gambo2 xsenunuh..ade ysng sweet pakai hotpants..cm korea katanye..Esok bile ditanya kenape seksi,berani ke jawab macam gitu??

Aku nk luahkan rase kecewa disini,kenapelah xde undang2 ataun hukum untuk atacara pemakaian rakyat di malaysia?Bukankah kite negara islam??Aku x berani ulas panjang2,tp pikirlah dr pakaian lah boleh menyebabkan gejala sosial berlaku.Melayu kite je ramai skang ni yang ramai lahir anak luar nikah..dah lahir campak anak,buang,bunuh cekik sebab malu..Apa salah bayi tu..kalu xnak pun buatlah care elok,bagi orang..Janganlah pakai buang..tu manusia bukan bangkai haiwan!!

Hati apakah dia ni??
Dalam filem melayu pun bole bercium dahi,siap ade dalam masjid lagi..Humm dunia sekarang.Manelah x wujudnya sesetengah orang memberontak kepada pihak yang tertentu.Lihatlah sendiri,buka mate pemimpin2 sendiri punye bini pun tidak menutup aurat.Mereka ni kan selalu kuar paper,tv,kire cm role model la,tutuplah aurat kan lagi manis.Tunjuk contoh yang baik,bukan hanya pada rakyat tp orang luar disana.

Yang minum arak secare trang tang tang tu xusah ckplah.Yang aku tahu model name kartika tu je kene sebat.Yang laen???Dah terang lg bersuluh,upload pic fb,depan orang ramai?ape cer?xnk plak sebat?Lagi satu sapa swo bawak masuk arak kat negara islam ni??Perlu ke ade kelab malam?Motif buka kelab malam?nak jadikan tarikan pelancong?hek awok!!Diorang kat sane jenuh mcm2 jenis kelab ade.Sebab ade pusat hiburan la ramai PATI ni datang jadi pelacur,GRO smua..Bayangkan kalu pusat hiburan ni tiada,mungkin pelacuran akan kurang,nk kate xde langsung tu tipula kan..Lorong kunyit kan  masih ade.Tiada mabuk2,tiade excident,gaduh,rogol2,eh silap..bukan tiada..KURANG...kadang xperlu bende ni smua,bile manusia tu da penuh ngn nafsu setan,jadi jugok...

Aku mengaku jujur,ilmu aku xpenuh lg di dada,xlayak nak cakap itu,ini..Tapi aku punya hak nak lontarkan pandangan dan pendapat kan.............

Wallahulam....

Thursday, November 22, 2012

Assalamualaikum... Kalu da rajin hapdate belog ni..dalam sehari bole kate 3,4 entry aku bole post..Cume yg bole datang mood nak berbelog semula ni sbb aku ingin meluahkan rase aku terhadap politik,masyarakat..ye politik..mesti ade ckp x abis2 politik.Masing2 ade pendapat sendiri dalam politik kan..sampai berpecah belah kaum keluarga pun ade.. Haa...ini yang aku nk cerita sket ni..secare jujurnye..mase kecik2 memang aku dah tahu family aku mmg sokong parti 'M'..bukan name sebenar..hehe..saje je xnk dedahkan kot2 jadi salah paham..So bile aku da besar panjang ni aku da bole bezakan,paham mane betol,mane baik,mane wajarny..tetapi jujur aku ckp ALLAH S.W.T lebih tahu siapa yang betul siapa yang salah... Ape yg membuka mata aku ialah INTERNET!!ya internet!!di internet kite bole tahu mmcam2 info samade di youtube,facebook,blog dan mcm2 lagi..cume terpulang pada kite samaade kite percaye bnd tu btol atau salah..cume ape yang buat aku terpikir balik bile ade satu status ustaz azhar idrus die ckp,kite kene jawab nanti kenape kite pilih pemimpin tu nanti di akhirat..contoh:kenape mu pilih tu sebagai pemimpin sedangkan mu taw die makan rasuah,halalkan arak dan hiburan..Ilmu agama aku xdelah dalam mane..tapi bnd2 cmni pun dpt buat aku pikirla mane yg betol mane salah..xsemestinya yang kite nampak jahat,jahat je,yang baik tu baik..... Yang aku nampak skang ni ade sesetengah orang ni sampai taksub dgn seseorang pemimpin smp sanggup buat ape saja..malulah beb..kaum lain xde gini,aku bkn nk ckp kaum lain bertepuk tangan..tak....mane ko tahu pemimpin ko tu baik..ko bukan tuhan..buka mata,buka minda..dr ko doa org tu hancur,org ni hancur,bek ko doakan die bertobat..lagi bagus..sama2 kite org ISLAM bersatupadu..Dari gaduh bab politik bek ko p berjihad tolong sedara kite di palestine,syria,rohingya dll..
*gambar ihsan dr google search..aku x milik mane2 images yang tertera seperti di atas Lihatlah kalian..saudara kite lebih memerlukan pertolongan kita..Kita kat sini bersyukurlah kite masih aman..Tapi bukan kerana aman disebabkan kite rasuah,maksiat dan sebagainya....aman,aman juga..tapi maksiat depan mata jangan wat derk je..ape yg slah mesti dibetulkan..aku bukanlah nak nasihat sesiapee..aku pun da insaf beb..aku takut satu hari nanti kite ni terjadi macam mereka disana..mintak2lah dijauhkan...insya allah..amin... #PRAY FOR GAZA #FREE FOR PALESTINE

Monday, July 4, 2011

Apabila sangkakala sudah berbunyi................

ASSALAMUALAIKUM...

Adakah kalian rase ngeri sikit1 x pasal entry kaline???Dah lama ak x update blog so kalini ak nk cte sedikit pasal akhirat dan duniawi...Yelah sepanjang ak x update blog ni mcm2 perubahan terjdi pada diriku...alhamdulilah....semuanya kerana ALLAH yang manyayangi umat-NYA...Sebelum itu bg mereka yg x taw apa itu SANGKAKALA...

Sangkakala iaitu sejenis serunai akan ditiup oleh Malaikat Israfil sebelum Hari Kiamat. Diriwayatkan Sangkakala yang ditiup oleh malaikat Israfil ini adalah sebanyak tiga (3) kali tiupan iaitu:
Tiupan sangkakala pertama - (Tiupan mengejutkan)
Tiupan sangkakala kedua - (Tiupan mematikan)
Tiupan sangkakala ketiga - (Tiupan membangkitkan)

Pada hari ini kite sudah terlihat pelbagai tanda2 kiamat kecil muncul...tapi kenapa kita masih tidak takut dan masih tidak hiraukan semua itu??Mungkin bencana dan malapetaka yg allah timpakan tidak cukup bg mereka yg mungkar untuk gentar..Malah angkuh dan seolah2 mencabar kuasanya..
Antara tanda kiamat kecil yang aku rasakan sekarang ialah bencana alam yang semakin menjadi dan perubahan cuaca yang tidak menentu....taw2 hujan je tanpa sebrg angin atau ribut....aku sungguh takut pada petanda kecil ini..nak2 umah aku ni dkeat ngn laut..malam2 xbole tdo dnga ombak laut..kuat wo0...seram..ak terfikir segala bencana yang dtg menimpa secara tiba2..

Baiklah pada hari ini saya akan kongsikan petanda2 awal kiamat:
Antara TANDA-TANDA KIAMAT KECIL berdasarkan hadis

1. Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.”-Sahih Bukhari

2. Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3. Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab;”Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4. Menghias masjid dan membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai

5. Munculnya kekejian, memutuskan silaturrahim dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim

6. Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran -Riwayat Ahmad

7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” -Riwayat Thabrani

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya saja.” -Riwayat Ahmad

9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”

10. Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu”- Sahih Muslim

12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar”- Riwayat Ahmad

13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.”
- Sahih Muslim

Wahai saudara-saudaraku, marilah berfikir sejenak… yang mana sudah ada petanda pada hari ini? Ya Rabbi, ampunilah mereka yang beriman denganMu, moga hambamu ini bukan dikalangan manusia yang dimurkai.

Manakala list dibawah adalah antra tanda HAMPIRNYA KIAMAT


Nabi kita SAW menerangkan bahawa di antara tanda hampirnya kiamat ialah :

1. Sedikit ilmu agama

2. Banyak kejahilan

3. Banyak berlaku perzinaan

4. Sedikit kaum lelaki dan ramai kaum perempuan.

Huraiannya adalah seperti berikut :

1. Sedikit ilmu agama

Apabila umat Islam mula jahil tentang ilmu agama. Banyak melakukan maksiat, menentang hukum-hukum Islam dan memandang sepi segala peraturan agama yang terdapat di dalam al-Quran dan as-sunah, maka ini adalah petanda awal sudah hampir kita dengan kedatangan hari kiamat. Masyarakat yang kurang ilmu lebih utamakan orang jahil menjadi pemimpin mereka, walaupun telah jelas pemimpin tersebut jahil tentang ajaran Islam dan tidak berminat untuk menjadikan Islam sebagai sistem dalam pentadbiran sebuah negara.

Ilmu agama perlu dituntut seperti sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud : ”Barangsiapa menuntut ilmu bererti menuntut jalan ke syurga”. (Hadis Riwayat Muslim)



2. Banyak kejahilan

Sesungguhnya orang yang berilmu adalah tidak sama dengan orang jahil (bodoh). Orang jahil yang melakukan maksiat dan membuat dosa, tidak akan terlepas seksaan Allah S.W.T di atas kejahiliannya kerana kemalasannya untuk menuntut ilmu. Pepatah ada mengatakan 'bodoh sombong'. Orang jahil jika dia memberi pendapat ia hanya berkata menurut fikiran logik sahaja dan mengikut hawa nafsu, dan keadaan ini amat berbahaya jika silap memberi komen bab agama boleh sesat dan menyesatkan orang lain. Golongan yang jahil ini adalah salah satu golongan yang akan di masukkan kedalam neraka sebelum hisab kerana kejahilannya.

Dalam hadis yang lain Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" (Hadis Riwayat Ahmad)





3. Banyak berlaku perzinaan

Apabila di dalam satu masyarakat telah menjadi kebiasaan pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan, kemudian dengan kebebasan ini melahirkan pula anak-anak luar nikah ini adalah petanda bahawa telah hampir berlakunya kiamat.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." (Hadis Sahih Riwayat Muslim)

Pada tahun 2008, dilaporkan terdapat lebih 250,000 sijil kelahiran tanpa nama bapa dikeluarkan.
Menurut sumber berita, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sudah mengeluarkan 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan tanpa dicatatkan nama bapa dari 2000 hingga Julai 2008.

kira-kira 28,000 lebih kes berlaku dalam setahun (2,500 kes dalam sebulan / 78 kes dalam sehari /
Satu kes pendaftaran bagi setiap 17min 17saat.

Ini adalah hasil perzinaan yang menyebabkan kehamilan dan yang didaftarkan. Bagaimana dengan kelahiran yang tidak didaftarkan? Berapakah jumlah sebenar bayi-bayi yang dibuang atau di bunuh begitu sahaja, samada yang dijumpai atau yang tidak dijumpai?



.



4. Sedikit kaum lelaki dan ramai perempuan

Statistik penduduk dunia pada hari ini menunjukkan bahawa jumlah perempuan adalah lebih ramai dari jumlah kaum lelaki. Di sesetengah negara terdapat nisbah bagi bilangan setiap lelaki berbanding dengan sebelas wanita (1:11). Dan kalau kita meneliti di merata tempat, kita akan dapat membuat kesimpulan bahawa perempuan adalah lebih ramai daripada lelaki.

Menurut Imam Ibnu Hajar, sebab bilangan perempuan lebih ramai dari kaum lelaki adalah akibat dari peperangan yang berlaku, kerena yang banyak terbunuh dalam peperangan adalah kaum lelaki, bukannya perempuan dan juga Allah SWT menghendaki kebanyakan yang lahir di dunia ini adalah perempuan dan sedikit sekali dari kalangan lelaki.

Jika dilihat di pusat pengajian tinggi awam dan swasta majoriti penuntutnya adalah pelajar perempuan. Begitu juga kakitangan awam kaum wanita melebihi kaum lelaki darisegi bilangannya.




Sahabat yang dimuliakan,
Jika kita perhatikan keempat-empat tanda tersebut telah wujud di dalam kehidupan masyarakat kita maka tanda-tanda hampir kiamat itu telah berlaku. Maka perlulah kita bertaubat dan beristighfar kepada Allah S.W.T. Jauhkan diri daripada amalan dan perbuatan yang mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah S.W.T. Kerana saat datangnya kiamat besar hanya di dalam ilmu Allah S.W.T. termasuk kiamat kecil (kematian) kita juga di dalam ilmu-Nya.

Akan tetapi adakah mereka yang seperti ini tidak merasakan petanda yang telah terjadi depan mata mereka??Ya ALLAH adakah mereka ini yang akan pergi menghadapmu??




HAHA..ANDA KENAL SIAPA DIBAWAH NI??DIALAH ADINDA EVANS..ku x taw nme btol die ape..bedah ke saripah ke ak xtaw..ala cm korg taw dlu kan kecoh budak 14 tahun mengaku da xde dara...ya allah dik oit..bukannye kire org tu nak sok suci ke ape...ape ke jahilnye ko..mane akal ko eh??mengaku AKU DA MAEN...bukannye yag len xnk mengaku atau buka pekung di dada mcm ko..tindakan ko memang terang2 menunjukkan yang ko tu jahil la...aku doakan agar2 ko cepatla betobat ye...ak duk asik pikir cmnela die ni kat sekolah xtaw malu ke??mane mak bapak die??cikgu sekolah???haha bole plak berkata ade maruah diri..setelah ko mengaku xde dara ko masih ade maruah ke??ak mmg xlayak kutuk orag..tp apa yang ak boleh katakan disini...mana AKAL ko DER?????dan pemimpin kite ambil la tindakan yg sewajarnya...jgnla asyik duk politik je yang nak diBERSIH kan ye...Tolonglah bersihkan arak,klab malam,pesta seks dan artis kite yg terlampau tu ye..........

THE CONFESSION OF IDIOT

BOOOOOOOO....BILE DA JD NK SWO DIAM..XDPTNYE DER...XPAHAM AKU YANG MENYOKONG DAN KASIHAN KE DIE...ape2 pun i doakan u yang HOT ni trus mendapat hidayah darinya

INILAH SEBAB UTAMA KNP WARDINA MENGATAKAN ARTIS X LAYAK JD IKON EVEN SITI NURHAHIHA K..EH SITI NURHALIZA....


P/S:Harap entry kalini kalian bnyk menimbulkan rase penyesalan dan takut kepadanya..aku pun bukan manusia yang sempurna yang xlepas dr melakukan dosa...marilah kita sama2 doakan agar kita dan seluruh umat mendapat keberkata-NYA....AMIN......

Saya minta maaf kalu entry kaline menyinggung mana2 pihak..cm biasela xde niat DER!!

apa itu LYNAS....

ASSALAMUALAIKUM..........

Tajuk entry kalini memang memerlukan sedikit kajian dan memang sebijik macam buat assignment..Memang mencabr lah pendek kata..Saya pasti ramai yang tak tahu apa itu LYNAS yang sudah 95%siap di Kuantan,Pahang...Bukan kata orang lain je..penduduk Pahang sendiri pun x tahu..apatah lagi penduduk yg tinggl di luar Pahang kan..Mcm sepupu saya la..tanya ape bende LYNAS tu weh...ni kan plak kawan saya yang tinggal di Pahang..MIMI ap tu LYNAS???...Hahaha lawak2..yela kite ni bz...bg yang student sibuk wat case study la,assigment la,exam...mane de mase nak tgok brita..kalu brita artis laju jela kot..sme gak ngn org yg bekerja...balik2 tdo je...manela sempat nk amik thu...la ni x keje xde la makan kan...

Dari aku bebel...bek aku bgatw je ape tu menate LYNAS.....(SUMBER COPY N PASTE)

Setelah membaca artikel berkaitan Rare Earth Elements di laman National Geographic, aku berpendapat Malaysia memerlukan kilang memproses nadir bumi ini. Kita kena ingat, ekonomi kita sangatlah bergantung kepada pengeluaran petroleum. Bila sampai masanya, pengeluaran produk hasil daripada petroleum akan berkurangan sekali gus mengurangkan pendapatan negara. Walaupun ada industri lain seperti minyak sawit, industri seperti ini tidaklah memberi impak yang besar pada ekonomi kerana permintaan dunia tidaklah tinggi.



Nadir bumi ini diperlukan untuk menghasilkan komponen peralatan elektronik. Hasil daripada penggunaan nadir bumi inilah kita dapat menikmati peralatan elektronik yang nipis, kecil dan ringan seperti iPad 2 kerana komponen yang terhasil daripada penggunaan nadir bumi ini adalah lebih baik dan efisyen berbanding komponen yang dihasilkan menggunakan bahan tiruan.



Sekarang ini, negara China membekalkan sehingga 97% permintaan dunia untuk nadir bumi yang diproses untuk kegunaan industri. Dengan kuasa yang besar seperti itu, mereka boleh mengehadkan pembekalan sekali gus menyebabkan kenaikan harga barangan elektronik seluruh dunia. China merancang untuk mengurangkan eksport nadir bumi yang telah diproses dengan alasan untuk kegunaan dalam negara mereka walaupun kita semua tahu bahawa mereka sengaja mengekspoitasi monopoli mereka dalam pasaran dunia supaya harga bahan ini meningkat.



Permintaan untuk bahan ini tak akan berkurangan kerana industri pembuatan elektronik memerlukan bahan ini. Oleh itu, pembukaan kilang pemprosesan nadir bumi di Malaysia, merupakan satu langkah yang baik untuk menambahkan pendapatan negara. Kilang yang dibuka di Gebeng, Pahang itu akan berupaya menghasilkan nilai eksport sebanyak RM8 billion setahun dan dijangkakan meningkat dari tahun ke tahun. Ini dapat memberikan pendapatan tetap yang lumayan kepada negara kita kerana kilang tak banyak negara mempunyai kilang pemprosesan nadir bumi ini.



TETAPI



Apa yang bodoh aku lihat dalam projek ini ialah:


Keputusan yang dibuat oleh individu untuk mengeluarkan lesen pembinaan kilang tersebut pada tahun 2008 dibuat tanpa pengetahuan orang awam, termasuklah rakyat Pahang itu sendiri. Apabila negara mula melibatkan diri dalam pemprosesan bahan radioaktif, kajian menyeluruh perlu dijalankan sebelum apa-apa lesen atau arahan dikeluarkan untuk memulakan pembinaan.

Apabila negara memberikan lesen kepada syarikat luar untuk membuka kilang pemprosesan mereka, harapan kita adalah supaya dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat negara ini. Namun dalam hal kilang pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, peluang pekerjaan yang dibukan adalah sebanyak 350 sahaja. Langsung tak berbaloi dan tidak akan memberikan impak ekonomi yang diharapkan.

Pengecualian cukai selama 12 tahun. Ini adalah yang paling bodoh. Kita terlalu baik sampaikan industri yang menghasilkan sisa buangan radioaktif diberikan pengecualian cukai walaupun industri tersebut dianggarkan akan membuat untung berbillion ringgit pada tahun pertama pembukaannya. Bila negara tak dapat satu sen pun daripada industri yang sememangnya membahayakan rakyat ini, apa gunanya kita berikan mereka lesen untuk beroperasi di negara kita?
Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.

Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 km dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dengan jarak 40km dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35 km dari kawasan penempatan penduduk.

Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua penduduk.

Kesan terhadap penduduk di kawasan sekitar kilang tersebut (Kuantan & Kemaman khususnya):

Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.
Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.
Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.
Sektor pelancongan (Cherating) & perikanan (Kuantan) kemungkinan besar akan terjejas.


Nadir bumi yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan thorium dan thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear. Berikut adalah kes-kes yang berkait rapat dengan thorium:

Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah dikaitkan dengan 8 kes leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (hampir 20 tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.

Kesan toksik dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia. Setiap langkah pemprosesan nadir bumi yang bermula dari perlombongan bijih ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan bijih, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu.

Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.

Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan pemprosesan nadir bumi berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.

Projek LYNAS ni mendapat tentangan daripada sesetngah pihak...Antaranya family aku dan aku..Begitu juga dengan buah hati saya..pelbagai demonstrasi secara aman dilakukan di sekitar Kuantan..Tapi aku tgok x ramai yang menyertai nak2 anak melayu sendri...bukan apa..mereka x ade kesedaran sepenuhnya terhadap daripada kesan projek itu..Kebanyakannye cina je yang duk jerit SAVE MALAYSIA SAVE KUANTAN....

napk x saya yang berkaca mata itu haha...

Kebelakangan ni BULETIN UTAMA TV3 kerap menyiarkan pasal LYNAS ni...pendek kata mereka kate bende ni selamat...WALLAHUALAM...AKu da mls nk komen kerna aku hanyalah secebis rakyat picisan yang masih kurang ilmu pengetahuan...
Sedagkan mat salleh sndri pun x setuju kot LYNAS tu dibuka:
http://youtu.be/I9a7Yaa0hRs

Layankan beberapa keping gambar yang berkaitan dengan entry LYNAS kali in:



Kalu kerajaan kita dah luluskan projek ini dan memberi jaminan keselamatan marilah kita sama-sama makbulkan doa itu.....
Renugkan2 bersama dan marilah kita yang diberi akal fikiran membuat kesimpulan yang bijak.....

SALAM.....harap entry kaline xde mengguris hati mane2 pihak...

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU

ASSALAMUALAIKUM....
Macam biasa masuk 16mei je setiap tahun ialah hari guru!!Mesti best kan..yela mane x nye dapat hadiah..nak2 budak tadika macam2 bagi..Arini ak p la kua nk p shopin hadiah untuk lecturer kami(lec pun kategori guru juga )Sesak gile kedai..haha agak tekejut la..First time beli time hari guru..nak2 kedai rm2 adoyai dahla sempit bau macam2 ada..haharam...
Macam2 hal jadi...teringat mase ak jadi cikgu taska dlu...adoyai rindu la plak pd bebudak ni..tadi kan mase time lepak kat kedai..adela plak terdengar perbualan 2 org perempuan..perbualan berbunyi
perempuan A:''alah apela sangat abis2 mug mug je aku dapat muak..biasela budak2 bukan pandai beli''
PEREMPUAN B:''Akupun ntah ape..parents pun satu x reti nk pilih elok hahaha''.
sebagai pendidik hargailah ape yg diberi..bukan mengharapkan pembalasn..tp keikhlasan yang patut kau berikan..rase nak lempar je selipar jepun kat depa ni kan..
ape2 pun selamat menyambut hari guru bagi semua guru2 di malaysia..guru taski saya,SEKOLAH MENEGAH KEBANGSAAN BESERAH,SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TOK SERA,SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SERI PELINDUNG,SEKOLAH MENENGAH SULTAN ABU BAKAR,KOLEJ KPJIC PUTRI NURSING COLLEGE DAN TERAKHIR COLLEGE SHAHPUTRA...

If you promise not to believe everything your child says happens at school, I'll promise not to believe everything he says happens at home.



p/s:agaknye cikgu shida tu bnyk x dapat hadiahh ahahaha

Sunday, March 20, 2011

SUBAHANALLAH.......




ASSALAMUALAIKUM...

Rasanya da lame aku x up-date blog ni..Yela sejak da masuk blaja ni bz la kan...bukak FB pun sekadar update status je kan...Ramai la teman2 aku tanya ''mano peri?lamo dop napok''haha peri jeruk tu nama yang aku gunakan dalam FB.Kenapa peri jeruk??alah nantilah aku cerita yew..Kali ni aku nak cite sikit...(ce cite ce cite...)Punyalah bz blajo,sampai aku x taw berita terkini..Al-maklumlah ak pun duk hostel..tv berebut..balik umoh letih....tido je memanjang..Aku kan PEMALAS..jadi xbole wat ape la ngn aku ni..Sepanjang minggu lepas asyik blajo je nak kejokan exam..dahla chemistry fail..malu saya..haha merapik la pulok..
Ceritanya cmnie,aku balik umah terbuka hati nak buke tv..alih2 napk tsunami kat berita..terngaga sekejap molot aku..mak aih..semalam da tsunami,bkn aku je,dak2 kelas aku pun x tahu..itulah keburukan blajo ye..blajo,blajo,sampai satu bende xthu..aku hanya mampu mengucap panjang tgok kedasyatan yang ALLAH telah timpakan pada hambanya..dahla umah aku dekat ngn laut..xtdo malam gakla aku walaupun sblm ni ak bkn jenis tdo malam..hehe..bunyi laut dekat kot..nak2 kebelakangan ni asik hujan je..ombak besar,air pun pasang..seram siot...terdetik hatiku nak je pakai life jaket sepanjang mase..aku dahla xreti berenang..(ini hanya fikiranku sahaja ye)..marilah kita sama2kan doa agar kita semua dijauhi malapetaka ini.....

Friday, February 4, 2011

DUNHILL VS KENT

ASSALAMUALAIKUM...
Tittle atas xde kene mengena sangat pun..saje je nak wat sedap..Al-kisahnye mase kami makan kat restoran steamboat ni..datanglah mamat name naqib(bukan nama sebenar)keje kat kilang rokok..katenye die yang gulung rokok ari2..aku percaye jela kan..yela mane xnye skali dtg bawak due kotak rokok..Die promote pulop rokok baru ke member lelaki ni..Katenye rokok ni x sampai kuantan ag..yang ni sampel..rokok ni bawu ade kat sekitar KL jew..Rokok ni special sikit sebb kat hujung tu kite kene pcit untuk melepaskan rasa jadah apentah..aku x tahu la..tapi apa yg lain dr rokok len rokok ni ade plak kne press2 eh....
Haa inilah rupe rokok tu..nampak x tulisan click to release..Haa kepada perokok-perokok tegar aku yakin pasti korang akan rembat ini rokok dengan segera...

Setiap kotak rokok akan tertera AMARAN KERAJAAN MALAYSIA:MEROKOK BOLEH MEMBAHAYAKAN KESIHATAN!!!..alah letak la gambo jantung tebako ke ape ke..idaknye bekesan..kalu da ketagih.ketagih jugok...kutukla diorg mulut busuk,gigi kuning,gusi hijau,depa peduli ape...Kata mati cepat..ape diorg jawab??ajal dan maut ditangan tuhan nak mati mati gok...Susah ckp ngn org terlebih bijok ni....
''kerjaya menggulung rokok ni best..sbb aku dapat makan rokok ari2 kata N(bukan name sebenar)''

haha dialog diatas tuh aku tipu je..cm aku kate saje nak wat sedap...jangan mara ye...rokok ni mmg membawa masalh kepada semua jagat rakyat..sambil berak pun jadi merokok..cmne ak leh tahu??ada r...hehe

meh aku copy n paste 
KESAN-KESAN Merokok 
Merokok pada mulanya bermula akibat ingin tahu, namun bila kesan nikoton dalam rokok memberi kesan ia menjadi ketagihan.
Kesan-kesan buruk dikaitkan dengan merokok adalah
  1. Barah paru-paru
  2. Kelelahan akibat COAD dan emphysema
  3. Sakit jantung iskaemia
  4. Kerosakan pada salur darah spt peripheral vascular diseases
  5. Kanser pundi kencing
  6. Air mani tidak normal
  7. Lemah ingatan
  8. Jika mengandung anak boleh terbantut perkembangan
  9. Meningkat risiko kecederaan pada anak yang di kandung
  10. Risiko kerosasakan sistem pernafasan pada bayi atau anak kecil
  11. Risiko mengidap berbagai jenis barah @ kanser meningkat

Apakah kesan racun/toksik akibat merokok ???
Dalam rokok terkandung pelbagai jenis racun yang amat berbahaya. Antaranya polycyclic aromatic hydrokarbons, nitrosamines yang boleh menyebabkan kanser/barah. Enzim-enzim yang terkandung dalam rokok meyebabkan kelemahan pada sistem pertahanan badan.

Bagaimana cara berhenti merokok ???
Jangan merokok dari awal
Jika sudah ketagih ,ada 2 cara
1) Berhenti terus
2) Berhenti beransur-ansur
3) Menggunakan bantuan nikotin gantian seperti patch nikotin dan gula-gula nikotin.

Anda boleh ke klinik-klinik kesihatan terdekat untuk memohon bantuan dari
pegawai perubatan, pembantu perubatan atau jururawat jika ingin berhenti merokok.
FEEL FREE TO SAY NO TO SMOKING!!

KATAKAN TIDAK KEPADA MEROKOK!!

MEROKOK BOLEH MEMBAHAYAKAN KESIHATAN!!

PEDULI APE??YE R MMG KO PATUT PEDULI KALU EFEK PADA PEROKOK SAJE XPE..NI EFEK PADA ORANG SEKELILING JUGAK!!

P/S:berhentilah merokok jika anda seorang yang betul2 BIJAK!!

Tuesday, February 1, 2011

ANUGERAH TERINDAH

ASSALAMUALAIKUM.....

Da lama da rasenye x update blog..yela bz nak terkejo2kan exam..masuk pun mengejut..xpasal2 ade exam kan kan.
Kali ni entry aku akan berkaitan dengan makhluk ciptaan ALLAH S.W.T Yg paling agung iaitu manusia!!Proses kelahiran manusia bermula dari persenyawaan didalam ikatan yang sah setelah bergelar suami isteri...''Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik" (QS Al Mu'minun:14)''
sepanjang aku hidup selama 22tahun ini aku telah melihat pelbagai rupe manusia,xkire yang sempurna dan tidak sempurna..Aku paling suka dengan ciptaan ALLAH kerana tiada siapa yang mampu mencabar kekuasaan-NYA,..
OKlah..tujuan sebenar aku post entry ni sebenarnya aku nak cerita pasal baby!!yaa sapa yg suka budak kecik disini??SAYA SAYA!!Pasti ramai yang suka pada mereka kan..mereka adalah ahli syurga dan kita harus menyayangi mereka kan kan..disini ingi saya senaraikan antara baby yang paling comel pernah saya jumpe!!!!
1st :MOHD AMIN SHAHMI
 
COMEL KAN KAN!!bUDAK INI ANAK SEDARA PADA TEMAN LELAKI SAYA..SAYA SUKE BUDAK NI!!!
2nd MOHD ARASH
3

HAA..JAMBU X??DIE NI LA ARASH!!BUDAK TASKA YG PERNAH AKU JAGA DAN DIELAH KESAYANGKU!!!
3rd HAE SON(ONE MOM 3 DAD DRAMA)

4rd PUTRI ARIESYA

5th MOHD RIZHAN


Comel x budak2 kat atas ni??haha kalu x comel xpela janji bg aku merekalah antara makhluk ciptaan ALLAH S.W.T yg comel >_<
Dulu aku pernah bekerja sebgai guru tadika,membuatku aku lebih suka kepada budak2..Mereka mmg menceriakan hidup kite dengan keletah mereka yang spontan..walaupun nakal meraka hanyalah budak2..jadi kepada mereka yang mendera kanak-kanak,membuang bayi,anda adalah penghuni NERAKA JAHANAM!!Mereka tidak bersalah!!
sekian dr saya...
TADIKA SERI PERMAI

Sunday, January 2, 2011

TERJAH!!

Assalamualaikum...
Seperti yang kalian tahu..sekarang ni tengah femes laman sesawang iaitu FACEBOOK kalau dulu MYSPACE,FRIENDSTER,sekarang FB telah memonopli seluruh dunia..Bahkan PM kita sendiri pun ade FESBUK ni...haha..Saya sekarang sudah berumur 22 tahun..da kire wanita kot..xremaja doh..sedih wo00o..
Sekarang ni semua budak2 da celik IT.Adik aku yang form 2 tu pun da ad FB.Aku dulu start ade myspace pun form6 taw..yela..dulu sape yg ade laptop siap ade tenet dikire org kaya..usungla kesana ke mari laptop walupun xde BERUKBENG(broadband)bangga ade laptop..skarang ni umah nak runtuh pun ade astro0 wo0 apatah lagi laptop..Kerajaan juga mengalakkan anak2 sekarang celik IT.Pelbagai kemudahan seperti komputer dan internet kerajaan sediakan di sekolah secara percuma..bukan itu sahaja kerajaan juga telah mewujudkan bandar WIFI percuma untuk kemudahan rakyat sejagat..

Sekarang sesipa sahaja boleh on9 dan memiliki laptop..dah x heran la kalu ko nak usung sana sini pun..budak tadika pun da ade laptop sendri la beb..Yang aku ingin sampaikan disini ialah bila semua da celik IT maka celiklah segala2-nya..macam2 cerita keluar seprti budak sekolah membuat video lucah sendri dan sebarkan di internet,download porno..ntah mane mereka dapat ntah..waalhualam..

Dengan search je di internet taip la ape ko nak haa semua dapat..free of charges..terbelalak mata kau disitu...Klau dalam facebook pula aku jijik!!jijik sekali melihat pasangan melayu kita ni duk bergambar bercumbu..dah macam kera liar aku tgok..haha katalah aku jaku,kolot,yg penting aku tahu orang yang beraksi macam ni lebih bodoh dari beruk..beruk pun tahu malu kalau manusia tgok depa ehem ehem..Lepas tu bile da clash duk maki hamun kat FB..Maruah budak2 zaman sekarang mmg nampak sgt mudah nak digadaikan..Budak2 zaman skarg matang cepat..ada aku pernah jumpe sorang girl ni ingat da 20++ tapi baru 15 haha..badan cantik x ingat..sayangnya macam mana budak cmni bole terlepas bekerja sbg SHOWGIRL di shopping complex di kuantan..

Mak ayah sekarang pun da pandai juga main FB.Mereka juga tidak ketinggalan..Nasib bek ayah aku xtahu apa itu FB..hahaha..Ade pernah aku tgok 1 FB ni..pic mmg sedap ehem ngn BF..ada plak parets...so aku tgok mmg itu mak die..aik??mak die x marah ke anak die berkelakuan mcm itu..oh lupe zaman da moden,fikiran pun lain,mak pun sportinglah kan...

KESIMPULANNYA:disini aku memang xlayak mengata orang kerana aku pun juga tidak sempurna tetapi aku hanya mampu menegur perbuatan anak muda zaman sekarang yang semakin menjadi-jadi..menegur di laman aku sendiri...kang mengur depan2 aku kena lesing..nanti dicop bajet alim,sibuk,kolot..ya aku memang manusia kolot dan suka menjadi manusia kolot....terima kaseh


                    Inilah gadis melayu  zaman sekarang
                                        
               Kalau rambut aku perang baru nampak moden eh?

                           Kolot la..air je kot..baru MELAYU!!

P/S:Gambar diatas tidak berniat memalukan sesiapa kerana gambar seprti ini sudahpun ada dimana blog,dan juga facebook mereka sendiri...RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL

Friday, December 31, 2010

SIGN UP

Assalamualaikum..
Sempena esok tahun baru ni..aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua yang mengenali aku..Aku ni xdalah selalu update sgt blog aku..bile mari rajin je duk menaip untuk blog ni..aku punya blog pun xdela menarik sgt dan beberapa followers je ni haa..anyway thanks guy for b my follwers..

Aku SIGN IN hari ini blog aku tengok ade la beberapa komen drpd merka yang tidak menggunakan nama sebenar..Aku susah juga nak mengagak sape yang komen aku..Itulah aku galakkkan korang buat satu blog cm aku ni kan senang..Bole kembangkan minda juga kan kan...Hahaha anyway for the komen..

Aku ingatkan jugakla xde sape nk bace blog aku ni..tapi bile aku chat ngn kawan aku je..diorg ckp..ala yang kat blog ko tu ape??Aik??ade gak org bace eh..Rasa kelakar pun adew...Aku tengpk blog orang2 lain punyalah best..pandangan dan kata2 dari diorang kalah ahli politil..tapi rasenya aku xdelah seberani mereka..ak hanyalah insan kecil yang hina...

Anyway..ini je yang aku nak membebel...thanks sbb sudi luangkan mase bace blog aku ni ya kawan2ku..
HAPPY NEW YEAR KALIAN!!

Monday, December 27, 2010

NEVER JUDGES BOOK BY ITS COVER!!

Assalamualaikum
Berkenaan dengan tajuk entry saya ini,pelbagai cerita ingin saya kongsikan bersama kalian...Biasala dalam setiap diri manusia x lepas dari menghukum sifat luaran seseorang dulu sebelum mengenal mereka terlebih dahulu...Saya mempunyai ramai kawan yang berkongsi pelbagai cerita dengan saya..haha ini bukan rekaan cerita yah..ini KISAH BENAR..

KISAH 1:
Kawan saya perempuan name S(bukan name sebenar)kapel ngn dengan sorang mat alim ni...name M(bukan nama sebenar)orang kenal die dengan pergi surau,keluarge pun alim2 belaka...yelah kalu da pergi surau,tutup aurat,berkopiah tu bukan alim ke?tu kan pandangan masyarakat sendiri..nampak je cmtu terus kata alim..padahal menunaikan solat lima waktu adalah perkara wajib!!Bukan kire alim atau x alim!!
Al-kisahnya..kawan saya ni memang tidak bertudung..FREE HAIR bak kate mat salleh..kapel ngn mat alim ni..mat alim ni..rupenye manusia bertopengkan syaitan..bukan nak membimbing ke arah kebaikan..malah maksiat yang dibimbingnya..mule2 dengan ringan2 lepas tu berat..alhamdulilah kawan saya ni sempat memutuskan hubungan dengan mat alim ni..fuhh semngat..pernah juga ade kawan ckp org terlebih alim ni lain fikirannya..wallahualam....

KISAH2:
Kesian juga pada kawan aku sorang ni..gelar die lia je dahla..haah bukan name sebenar juga..ni kes tudung gak ni..tawla kawan aku ni dulu x bertudung..skarang da bertudung..pakwe die alim batak jugak..depan keluarga pijak semut x mati..pandai kan mamat ni..depan family,kawan2 berlakon..sampai org xtahu tembelang die.tembelang die macam2la..ni pun leh tahan juga perngai 18sx die..lepas tu lak pernah pukul kawan aku ni..kawan aku ni punye syg sbb tu x tinggal..katenye die bole berubah..humm lia aku rase ko da terbunuh baru ko nak sedar...ade ke patut abg die sound...ELOK KE BERKAWAN DENGAN PEREMPUAN X BERTUDUNG?MACAM PELACUR..astaga ni ke perangai umat islam di kalangan kita ini hari...itu ibarat satu doa tahu x!!alim luaran xgune!!tu la masyarakat kita..nampak p mesjid je,pakai kopiah alim la kan!!!Family die mmg xske la kawan aku ni..ialah sbbnye dulu XBERTUDUNG..mereka lebih suke kenal luar dr dalam..apa1pun lia aku doakan ko bahagia dan berubah la buah hati ko tu ye sebelum ko masuk paper...

KISAH 3:
Ni kisah lelaki plak..haha kawan saye ni name F(bukan name sebenar)awek die mmg bertudung..ayu...family die pun mmg sme la tutp aurat.sejuk mata memandang...aha..bercinta punya bercinta..taw2 awek ko kantoi tangkap basah dengan prebet polis!!!!!frust nonggeng F!!


KISAH4:
Kisah ni mmg hepi ending..mane x nye kawan aku ni dulu memang die sosial..sekarang die sudah jadi cikgu kafa kot...aku memang salute laki die kerna dapat mengubah kawan aku sorang ni!Diorg bwu je menikah 2 bulan lepas...TAHNIAH lynn!

KESIMPULANNYA:..kalu korang rase aku ni pandai reka cerita je terpulanglah aku x rugi pape pun..yang penting apa aku nak sampaikan disini...janganlah kita menilai seseorg sebelum kita mengenalnya terlebih dahulu..sebagai umat islam..kita harus menggunakan pendekatan dan menegur dengan cara yang betol..umat islam zaman sekarang didoakan agar janganlah rapuh dan marila kita bersama-sma bersatu hati untuk kebaikan sejagat..
Dan juga kita janganlah buka aib masing..PAST IS PAST mat salleh kate...Kita hendaklah jauhkan perkara seperti ini
ANTARANYA:
1) Jangan suka bukak aib orang. Ni sape mengajar g fwd gambar orang wat maksiat, gambar mcm-mcm le. Orang yang tak tahu jd tahu. Esok-esok Allah bukak aib kita ka akhirat nanti.

2) Kalau dah buat maksiat tu tak payahlah jujur sangat bagitau orang. Ni pergi bukak pekung di dada, tu bukan jujur namanya. Allah dah tutup dosa-dosa kita dari pengetahuan orang lain, so xyahle nak bukak.

Jauhilah perkara-perkara keji yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla. (Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615 dan beliau berkata: “Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya.” Ini dipersetujui oleh al-Zahabi.)

Sesungguhnya seorang penguasa, apabila dia mencari-cari kesalahan rakyatnya, bererti dia merosakkan mereka. (Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 4889)

Sesiapa yang menutupi (kesalahan) seorang muslim maka Allah menutupinya di dunia dan akhirat. (Shahih Sunan Ibn Majah, hadis 2078]. Imam Ibn Majah meletakkan hadis ini dalam bahagian Kitab al-Hudud, Bab menutup kesalahan seorang mukmin dan mengelak hukuman hudud disebabkan syubhat.)

Saling memaafkanlah terhadap (jenayah) hudud yang berlaku di antara kalian kerana (sesuatu jenayah) hudud yang sampai kepada aku, maka wajib dikenakan hukumannya. (Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 4376).

Sesiapa yang melakukan dosa sedemikian (syirik, mencuri dan zina) dan dihukum keranannya, maka hukuman itu adalah kifarah baginya. Dan sesiapa yang melakukan dosa sedemikian lalu Allah menutupinya, maka terpulang kepada Allah sama ada untuk mengampunkannya atau mengazabnya. (Shahih al-Bukhari, hadis no: 6784)

Sesiapa yang berdosa di dunia dengan melakukan sesuatu dosa lalu dikenakan hukuman ke atasnya disebabkan dosanya itu, maka Allah Maha Adil daripada melipat gandakan hukuman-Nya ke atas hamba-Nya. Dan sesiapa yang berdosa dengan satu dosa di dunia lalu Allah menutupi ke atasnya, maka Allah Maha Mulia daripada mengenakan hukuman ke atas sesuatu yang telah Dia maafkan. (Dikeluarkan oleh Ahmad dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu‘aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no: 775)


RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL






Sebelum sy close entry ini sy memohon maaf jika saya menyentuh sensiviti kalian..tidak perlu tahu siapa sahabt2 sy dlm kisah ini..hanyalah berkongsi untuk pengetahuan sedara mengenai masyarakat kita sekarang..tidak semua yang nampak jahat itu jahat..juga tidak yang nampak baik itu baik..kita harus sentiasa berfikiran positif bagi melahirkan jiwa yang suci..xgitu?

p/s:hensemnya imam muda ni>_<