My Blog List

Monday, July 4, 2011

Apabila sangkakala sudah berbunyi................

ASSALAMUALAIKUM...

Adakah kalian rase ngeri sikit1 x pasal entry kaline???Dah lama ak x update blog so kalini ak nk cte sedikit pasal akhirat dan duniawi...Yelah sepanjang ak x update blog ni mcm2 perubahan terjdi pada diriku...alhamdulilah....semuanya kerana ALLAH yang manyayangi umat-NYA...Sebelum itu bg mereka yg x taw apa itu SANGKAKALA...

Sangkakala iaitu sejenis serunai akan ditiup oleh Malaikat Israfil sebelum Hari Kiamat. Diriwayatkan Sangkakala yang ditiup oleh malaikat Israfil ini adalah sebanyak tiga (3) kali tiupan iaitu:
Tiupan sangkakala pertama - (Tiupan mengejutkan)
Tiupan sangkakala kedua - (Tiupan mematikan)
Tiupan sangkakala ketiga - (Tiupan membangkitkan)

Pada hari ini kite sudah terlihat pelbagai tanda2 kiamat kecil muncul...tapi kenapa kita masih tidak takut dan masih tidak hiraukan semua itu??Mungkin bencana dan malapetaka yg allah timpakan tidak cukup bg mereka yg mungkar untuk gentar..Malah angkuh dan seolah2 mencabar kuasanya..
Antara tanda kiamat kecil yang aku rasakan sekarang ialah bencana alam yang semakin menjadi dan perubahan cuaca yang tidak menentu....taw2 hujan je tanpa sebrg angin atau ribut....aku sungguh takut pada petanda kecil ini..nak2 umah aku ni dkeat ngn laut..malam2 xbole tdo dnga ombak laut..kuat wo0...seram..ak terfikir segala bencana yang dtg menimpa secara tiba2..

Baiklah pada hari ini saya akan kongsikan petanda2 awal kiamat:
Antara TANDA-TANDA KIAMAT KECIL berdasarkan hadis

1. Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.”-Sahih Bukhari

2. Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3. Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab;”Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4. Menghias masjid dan membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai

5. Munculnya kekejian, memutuskan silaturrahim dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim

6. Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran -Riwayat Ahmad

7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” -Riwayat Thabrani

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya saja.” -Riwayat Ahmad

9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”

10. Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu”- Sahih Muslim

12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar”- Riwayat Ahmad

13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.”
- Sahih Muslim

Wahai saudara-saudaraku, marilah berfikir sejenak… yang mana sudah ada petanda pada hari ini? Ya Rabbi, ampunilah mereka yang beriman denganMu, moga hambamu ini bukan dikalangan manusia yang dimurkai.

Manakala list dibawah adalah antra tanda HAMPIRNYA KIAMAT


Nabi kita SAW menerangkan bahawa di antara tanda hampirnya kiamat ialah :

1. Sedikit ilmu agama

2. Banyak kejahilan

3. Banyak berlaku perzinaan

4. Sedikit kaum lelaki dan ramai kaum perempuan.

Huraiannya adalah seperti berikut :

1. Sedikit ilmu agama

Apabila umat Islam mula jahil tentang ilmu agama. Banyak melakukan maksiat, menentang hukum-hukum Islam dan memandang sepi segala peraturan agama yang terdapat di dalam al-Quran dan as-sunah, maka ini adalah petanda awal sudah hampir kita dengan kedatangan hari kiamat. Masyarakat yang kurang ilmu lebih utamakan orang jahil menjadi pemimpin mereka, walaupun telah jelas pemimpin tersebut jahil tentang ajaran Islam dan tidak berminat untuk menjadikan Islam sebagai sistem dalam pentadbiran sebuah negara.

Ilmu agama perlu dituntut seperti sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud : ”Barangsiapa menuntut ilmu bererti menuntut jalan ke syurga”. (Hadis Riwayat Muslim)



2. Banyak kejahilan

Sesungguhnya orang yang berilmu adalah tidak sama dengan orang jahil (bodoh). Orang jahil yang melakukan maksiat dan membuat dosa, tidak akan terlepas seksaan Allah S.W.T di atas kejahiliannya kerana kemalasannya untuk menuntut ilmu. Pepatah ada mengatakan 'bodoh sombong'. Orang jahil jika dia memberi pendapat ia hanya berkata menurut fikiran logik sahaja dan mengikut hawa nafsu, dan keadaan ini amat berbahaya jika silap memberi komen bab agama boleh sesat dan menyesatkan orang lain. Golongan yang jahil ini adalah salah satu golongan yang akan di masukkan kedalam neraka sebelum hisab kerana kejahilannya.

Dalam hadis yang lain Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" (Hadis Riwayat Ahmad)





3. Banyak berlaku perzinaan

Apabila di dalam satu masyarakat telah menjadi kebiasaan pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan, kemudian dengan kebebasan ini melahirkan pula anak-anak luar nikah ini adalah petanda bahawa telah hampir berlakunya kiamat.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." (Hadis Sahih Riwayat Muslim)

Pada tahun 2008, dilaporkan terdapat lebih 250,000 sijil kelahiran tanpa nama bapa dikeluarkan.
Menurut sumber berita, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sudah mengeluarkan 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan tanpa dicatatkan nama bapa dari 2000 hingga Julai 2008.

kira-kira 28,000 lebih kes berlaku dalam setahun (2,500 kes dalam sebulan / 78 kes dalam sehari /
Satu kes pendaftaran bagi setiap 17min 17saat.

Ini adalah hasil perzinaan yang menyebabkan kehamilan dan yang didaftarkan. Bagaimana dengan kelahiran yang tidak didaftarkan? Berapakah jumlah sebenar bayi-bayi yang dibuang atau di bunuh begitu sahaja, samada yang dijumpai atau yang tidak dijumpai?



.



4. Sedikit kaum lelaki dan ramai perempuan

Statistik penduduk dunia pada hari ini menunjukkan bahawa jumlah perempuan adalah lebih ramai dari jumlah kaum lelaki. Di sesetengah negara terdapat nisbah bagi bilangan setiap lelaki berbanding dengan sebelas wanita (1:11). Dan kalau kita meneliti di merata tempat, kita akan dapat membuat kesimpulan bahawa perempuan adalah lebih ramai daripada lelaki.

Menurut Imam Ibnu Hajar, sebab bilangan perempuan lebih ramai dari kaum lelaki adalah akibat dari peperangan yang berlaku, kerena yang banyak terbunuh dalam peperangan adalah kaum lelaki, bukannya perempuan dan juga Allah SWT menghendaki kebanyakan yang lahir di dunia ini adalah perempuan dan sedikit sekali dari kalangan lelaki.

Jika dilihat di pusat pengajian tinggi awam dan swasta majoriti penuntutnya adalah pelajar perempuan. Begitu juga kakitangan awam kaum wanita melebihi kaum lelaki darisegi bilangannya.




Sahabat yang dimuliakan,
Jika kita perhatikan keempat-empat tanda tersebut telah wujud di dalam kehidupan masyarakat kita maka tanda-tanda hampir kiamat itu telah berlaku. Maka perlulah kita bertaubat dan beristighfar kepada Allah S.W.T. Jauhkan diri daripada amalan dan perbuatan yang mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah S.W.T. Kerana saat datangnya kiamat besar hanya di dalam ilmu Allah S.W.T. termasuk kiamat kecil (kematian) kita juga di dalam ilmu-Nya.

Akan tetapi adakah mereka yang seperti ini tidak merasakan petanda yang telah terjadi depan mata mereka??Ya ALLAH adakah mereka ini yang akan pergi menghadapmu??




HAHA..ANDA KENAL SIAPA DIBAWAH NI??DIALAH ADINDA EVANS..ku x taw nme btol die ape..bedah ke saripah ke ak xtaw..ala cm korg taw dlu kan kecoh budak 14 tahun mengaku da xde dara...ya allah dik oit..bukannye kire org tu nak sok suci ke ape...ape ke jahilnye ko..mane akal ko eh??mengaku AKU DA MAEN...bukannye yag len xnk mengaku atau buka pekung di dada mcm ko..tindakan ko memang terang2 menunjukkan yang ko tu jahil la...aku doakan agar2 ko cepatla betobat ye...ak duk asik pikir cmnela die ni kat sekolah xtaw malu ke??mane mak bapak die??cikgu sekolah???haha bole plak berkata ade maruah diri..setelah ko mengaku xde dara ko masih ade maruah ke??ak mmg xlayak kutuk orag..tp apa yang ak boleh katakan disini...mana AKAL ko DER?????dan pemimpin kite ambil la tindakan yg sewajarnya...jgnla asyik duk politik je yang nak diBERSIH kan ye...Tolonglah bersihkan arak,klab malam,pesta seks dan artis kite yg terlampau tu ye..........

THE CONFESSION OF IDIOT

BOOOOOOOO....BILE DA JD NK SWO DIAM..XDPTNYE DER...XPAHAM AKU YANG MENYOKONG DAN KASIHAN KE DIE...ape2 pun i doakan u yang HOT ni trus mendapat hidayah darinya

INILAH SEBAB UTAMA KNP WARDINA MENGATAKAN ARTIS X LAYAK JD IKON EVEN SITI NURHAHIHA K..EH SITI NURHALIZA....


P/S:Harap entry kalini kalian bnyk menimbulkan rase penyesalan dan takut kepadanya..aku pun bukan manusia yang sempurna yang xlepas dr melakukan dosa...marilah kita sama2 doakan agar kita dan seluruh umat mendapat keberkata-NYA....AMIN......

Saya minta maaf kalu entry kaline menyinggung mana2 pihak..cm biasela xde niat DER!!

2 comments:

Anonymous said...

hummmmm

hana said...

kelas gitu la ko kak