Assalamualaikum
Berkenaan dengan tajuk entry saya ini,pelbagai cerita ingin saya kongsikan bersama kalian...Biasala dalam setiap diri manusia x lepas dari menghukum sifat luaran seseorang dulu sebelum mengenal mereka terlebih dahulu...Saya mempunyai ramai kawan yang berkongsi pelbagai cerita dengan saya..haha ini bukan rekaan cerita yah..ini KISAH BENAR..
KISAH 1:
Kawan saya perempuan name S(bukan name sebenar)kapel ngn dengan sorang mat alim ni...name M(bukan nama sebenar)orang kenal die dengan pergi surau,keluarge pun alim2 belaka...yelah kalu da pergi surau,tutup aurat,berkopiah tu bukan alim ke?tu kan pandangan masyarakat sendiri..nampak je cmtu terus kata alim..padahal menunaikan solat lima waktu adalah perkara wajib!!Bukan kire alim atau x alim!!
Al-kisahnya..kawan saya ni memang tidak bertudung..FREE HAIR bak kate mat salleh..kapel ngn mat alim ni..mat alim ni..rupenye manusia bertopengkan syaitan..bukan nak membimbing ke arah kebaikan..malah maksiat yang dibimbingnya..mule2 dengan ringan2 lepas tu berat..alhamdulilah kawan saya ni sempat memutuskan hubungan dengan mat alim ni..fuhh semngat..pernah juga ade kawan ckp org terlebih alim ni lain fikirannya..wallahualam....
KISAH2:
Kesian juga pada kawan aku sorang ni..gelar die lia je dahla..haah bukan name sebenar juga..ni kes tudung gak ni..tawla kawan aku ni dulu x bertudung..skarang da bertudung..pakwe die alim batak jugak..depan keluarga pijak semut x mati..pandai kan mamat ni..depan family,kawan2 berlakon..sampai org xtahu tembelang die.tembelang die macam2la..ni pun leh tahan juga perngai 18sx die..lepas tu lak pernah pukul kawan aku ni..kawan aku ni punye syg sbb tu x tinggal..katenye die bole berubah..humm lia aku rase ko da terbunuh baru ko nak sedar...ade ke patut abg die sound...ELOK KE BERKAWAN DENGAN PEREMPUAN X BERTUDUNG?MACAM PELACUR..astaga ni ke perangai umat islam di kalangan kita ini hari...itu ibarat satu doa tahu x!!alim luaran xgune!!tu la masyarakat kita..nampak p mesjid je,pakai kopiah alim la kan!!!Family die mmg xske la kawan aku ni..ialah sbbnye dulu XBERTUDUNG..mereka lebih suke kenal luar dr dalam..apa1pun lia aku doakan ko bahagia dan berubah la buah hati ko tu ye sebelum ko masuk paper...
KISAH 3:
Ni kisah lelaki plak..haha kawan saye ni name F(bukan name sebenar)awek die mmg bertudung..ayu...family die pun mmg sme la tutp aurat.sejuk mata memandang...aha..bercinta punya bercinta..taw2 awek ko kantoi tangkap basah dengan prebet polis!!!!!frust nonggeng F!!
KISAH4:
Kisah ni mmg hepi ending..mane x nye kawan aku ni dulu memang die sosial..sekarang die sudah jadi cikgu kafa kot...aku memang salute laki die kerna dapat mengubah kawan aku sorang ni!Diorg bwu je menikah 2 bulan lepas...TAHNIAH lynn!
KESIMPULANNYA:..kalu korang rase aku ni pandai reka cerita je terpulanglah aku x rugi pape pun..yang penting apa aku nak sampaikan disini...janganlah kita menilai seseorg sebelum kita mengenalnya terlebih dahulu..sebagai umat islam..kita harus menggunakan pendekatan dan menegur dengan cara yang betol..umat islam zaman sekarang didoakan agar janganlah rapuh dan marila kita bersama-sma bersatu hati untuk kebaikan sejagat..
Dan juga kita janganlah buka aib masing..PAST IS PAST mat salleh kate...Kita hendaklah jauhkan perkara seperti ini
ANTARANYA:
1) Jangan suka bukak aib orang. Ni sape mengajar g fwd gambar orang wat maksiat, gambar mcm-mcm le. Orang yang tak tahu jd tahu. Esok-esok Allah bukak aib kita ka akhirat nanti.
2) Kalau dah buat maksiat tu tak payahlah jujur sangat bagitau orang. Ni pergi bukak pekung di dada, tu bukan jujur namanya. Allah dah tutup dosa-dosa kita dari pengetahuan orang lain, so xyahle nak bukak.
Jauhilah perkara-perkara keji yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla. (Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615 dan beliau berkata: “Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya.” Ini dipersetujui oleh al-Zahabi.)
Sesungguhnya seorang penguasa, apabila dia mencari-cari kesalahan rakyatnya, bererti dia merosakkan mereka. (Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 4889)
Sesiapa yang menutupi (kesalahan) seorang muslim maka Allah menutupinya di dunia dan akhirat. (Shahih Sunan Ibn Majah, hadis 2078]. Imam Ibn Majah meletakkan hadis ini dalam bahagian Kitab al-Hudud, Bab menutup kesalahan seorang mukmin dan mengelak hukuman hudud disebabkan syubhat.)
Saling memaafkanlah terhadap (jenayah) hudud yang berlaku di antara kalian kerana (sesuatu jenayah) hudud yang sampai kepada aku, maka wajib dikenakan hukumannya. (Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 4376).
Sesiapa yang melakukan dosa sedemikian (syirik, mencuri dan zina) dan dihukum keranannya, maka hukuman itu adalah kifarah baginya. Dan sesiapa yang melakukan dosa sedemikian lalu Allah menutupinya, maka terpulang kepada Allah sama ada untuk mengampunkannya atau mengazabnya. (Shahih al-Bukhari, hadis no: 6784)
Sesiapa yang berdosa di dunia dengan melakukan sesuatu dosa lalu dikenakan hukuman ke atasnya disebabkan dosanya itu, maka Allah Maha Adil daripada melipat gandakan hukuman-Nya ke atas hamba-Nya. Dan sesiapa yang berdosa dengan satu dosa di dunia lalu Allah menutupi ke atasnya, maka Allah Maha Mulia daripada mengenakan hukuman ke atas sesuatu yang telah Dia maafkan. (Dikeluarkan oleh Ahmad dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu‘aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no: 775)
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL
Sebelum sy close entry ini sy memohon maaf jika saya menyentuh sensiviti kalian..tidak perlu tahu siapa sahabt2 sy dlm kisah ini..hanyalah berkongsi untuk pengetahuan sedara mengenai masyarakat kita sekarang..tidak semua yang nampak jahat itu jahat..juga tidak yang nampak baik itu baik..kita harus sentiasa berfikiran positif bagi melahirkan jiwa yang suci..xgitu?
p/s:hensemnya imam muda ni>_<
2 comments:
bile plak kau jd alim ni..ustazah mi!!
bukan belagak alim da mmg kenyataan nyah
Post a Comment